

pastinya engkorang pernah menggunakan pekhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di malaysia ini kan ?? pernah naik KTM ?? LRT ??? mesti pernah kan ??? sekarang ni lebih ramai yang gunakan public transport dari transport sendiri untuk mengelakakkan daripada kesesesakan lalu lintas yang tak terbendung tu . kalau ktm tu dia dah buat sistem coach tidak bercampur dah sekarang ni. untuk mengelakkan berlaku kes sumbang mahram. sebab tu ada gerabak khas untuk wanita SAHAJA.



dah terag lagi bersuluh sportlight dia kata WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA atau bahasa omputehnya LADIES ONLY AT ALL TIMES. tetapi masih ada manusia yang tidak mengerti bahasa itu. dan aku tertanya-tanya kenapa ladies coach untuk ladies memang la kan , yang dah tahu diri tu ladies masuk je lah ladies coach tapi mengada jugak masuk coach lain (kenapa ek? aku yang tulis ni pun buat jugak) ... itu yang timbul tanda tanya.
memang everyday since aku bekerja yang memerlukan aku menggunakan public transport seperti ktm ni, macam-macam ragam manusia aku tengok . sakit pulak hati ini. yang paling aku terkilan dan pelik dan kenapa ek ..bila time nak naik and turun dari train. that day, aku nak turun kat kl sentral. memang sedia maklum yang kl sentral memang ramai yang naik turun sebab itu dikira stesen besar yang ada segala kemudahan kan . bila nak turun ada ramai yang beratur nak masuk. sedang aku nak melangkah masuk tu, mereka semua serbu pintu, berganjak kebelakang aku dibuatnya padahal aku nak turun. time tu keluar la pengumuman, ''SILA BERI LALUAN KEPADA PENUMPANG UNTUK TURUN TERLEBIH DAHULU SEBELUM ANDA MENAIKI TRAIN" punyalah merdu suara akak yang bagi pengumuman tu tapi hampeh, takda yang layan pun. mereka tetap berebut. aku pun apa lagi nak turun punya pasal kan, aku pasang kuda-kuda dan aku rempuh sorang-2.. ada pulak minah ni jeling aku sampai juling mata sambil berkata "apa main tolak2 ni?". berdesing telinga aku mendengarnya lalu aku berkata.( perghh, ayat novel beb) " sape tolak sape ?bagi orang turun dulu baru naik." aku jeling sampai senget kepala aku.
yang aku tak faham kenapa ada orang cerdik sangat macam tu ??? mentality rakyat malaysia, salah sendiri taknampak . lagi satu sambil jalan main handphone lepas tu langgar orang, bukan nak minta maaf kita yang dilanggar jugak yang minta maaf yang melanggar boleh pulak jeling-jeling padahal dia langgar. tak faham betul aku dengan manusia.(aku pun buat jugak) so kita pesan pada diri kita dan orang lain.
LOL
FATIN
No comments:
Post a Comment
::sila tinggalkan pendapat anda di sini ::